Harga Minyak Turun Lagi.

Ditulis oleh Gcloud gcloud pada 18 November 2008 – 10:11 am -
fuelprice

Harga Petrol terbaru

PUTRAJAYA 17 Nov. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan itu berkata, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter. (Sumber Utusan Malaysia)

Alahamdullilah sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan bagi mereka yang menggunakan kenderaan seperti saya dan jutaan lagi rakyat Malaysia.  Cuma saya harap dengan penurunan harga petrol dan diesel ini dapat mengurangkan lagi harga barangan lain. Dulu bila harga barangan naik pengusaha barangan harian memeberi alasan harga minyak naik. Bila harga minyak turun jangan pulak beri alasan lain untuk tidak menurunkan harga.

Memang menjadi lumrah bila harga dah naik tu susah sangat nak turun. Sekarang bila kerajaan suruh turun harga macam-macam alasan kononya tak untunglaa… Dalam hal ni memang saya puji langkah kerajaan dengan menurunkan harga minyak . Pada hari ini harga minyak lebih 8 sen dari harga sebelum kenaikkan mendadak 2.70 dari 1.92. Sekurang-kurangnya tak banyak sangat perbezaan dengan harga minyak yang kita kecapi dulu. Dalam hal ini kerajaan dah mainkan peranan.. dan bila pulak pengeluar dan pemborong nak turunkan harga. dalam hal ni saya tidak menyalahkan peniaga runcit sebab harga yang mereka tawarkan banyak bergantung pada harga dari pengeluar dan pemborong. Tapi ada juga peruncit yang mengambil kesempatan…itulah masalahnya.

Apa-apa pun belanja petrol dapat dikurangkan dan lebihan boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang difikirkan sesuai.

put your ads here

Nak beli laptop / notebook?

17 November 2008 – 4:06 pm

Oppss tunggu..saya bukan jual laptop :) Saya cuma nak sarankan sesiapa nak beli laptop jangan terus beli tanpa megambil perhatian beberapa perkara ni. 1. Spesifikasi Most latest laptop yang dijual cukup untuk kegunaan ...

Generasi kini, pelajaran dan SMS

17 November 2008 – 1:26 am

Khamis lepas telah diumumkan keputusan Peperiksaan UPSR. Menurut lapuran jumlah peljar yang mendapat 5A meningkat. Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang. Diharap akan terus cemerlang pada masa akan ...

PC anda “trouble”? Nak reformat pc atau…?

15 November 2008 – 10:36 pm

Pernah tak sepanjang menggunakan pc terutama pc yang menggunakan windows mengalami masalah. Saya sudah pasti mesti anda pernah mengalami di mana pc crash, kena virus, data hilang, dan macam-macam lagi ...

Nak play popular video format di pc

13 November 2008 – 7:00 am

Sekarang ni pc menjadi media center dari menonton video, dengar lagu, tengok gambar main game...etc. kalau 15 tahun dulu pc just untuk buat spreadsheet, menaip surat dan buat programming. Oleh kerana ...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

1 October 2008 – 12:01 am

Assalamualaikum semua Pada hari ini kita dan seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidil Fitri. Jadi kesempatan ini saya mewakili keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri ...

Tapeless video cam

12 September 2008 – 12:29 am

30 tahun dulu sejak camera video diperkenalkan . Kita menggunakan tape untuk menyimpan video yang kita ambil dari videocam. Sebagai cth pita vhs atau Svhs. Dalam 12 tahun lepas pita ...

Streamyx TMnet buat hal lagi

10 August 2008 – 2:04 am

Heran betul laa dengan streamyx ni. Nak katakan baru dah lama tapi service masih macam budak baru nak belajar berjalan. Streamyx dah hampir lima tahun..kalau budak lima tahun dah dapat ...

Firefox 3….yeahhhhh

18 June 2008 – 1:04 pm

Penantian peminat browser Mozilla Firefox berakhir pada hari ini bila Mozilla melancarkan browser yang hangat dipasaran iaitu  Firefox 3. Sememangnya saya salah seorang peminat firefox memang tertunggu untuk download versi ...

Minyak oh minyak

5 June 2008 – 1:38 am

Hari ini terasa sedikit tension pasal kenaikkan harga minyak yang begitu mendadak dari 1.92 ke 2.70 atau 40%. Entah sampai bila benda ni nak setel.. Kalau setakat minyak saja naik tak ...

Mengenai Saya

Assalamualaikum, Sebenarnya tak ada apa nak saya kata cuma: Selanjutnya...

Mahu melanggan?

 Langgan dalam RSS reader atau, langgan melalui email:
Masukkan Email Anda:  
Cari artikel :